Khamis, 7 Jun 2012

TIPS BELI INSURAN



1. Pastikan syarikat insuran yang hendak diambil telah lama berada dipasaran bagi memastikan syarikat tersebut betul-betul wujud dan mempunyai dana kewangan yang kukuh

2. Pastikan insuran yang diambil memenuhi keperluan semasa contohnya jika kita mempunyai jumlah hutang yang banyak seperti kereta, pinjaman pelajaran, kad kredit, pinjaman peribadi, dll bermakna jumlah pampasan(sum insured) yang diambil perlulah dapat melangsaikan hutang-hutang terebut jika berlaku kematian dan lumpuh sepenuhnya(Total Permanently Disability)TPD.Banyak syarikat insuran akan menanggung premium bulanan yang dibayar oleh pesakit.

3. Pastikan pampasan penyakit kritikal(Critical Illness) juga diambil yang mana pampasan akan dibayar jika disahkan oleh doktor dan  banyak syarikat insuran akan menanggung premium bulanan yang dibayar oleh pesakit.

4. Pastikan insuran yang diambil ada pampasan perlindungan, kad perubatan hospital dan simpanan

5. Kad perubatan adalah elemen yang penting dalam membeli insuran kerana kos hospital dari tahun ke tahun semakin naik dan terus naik.

6.Pastikan pakej insuran yang diambil ada 'contributor' atau 'spouse contributor' ini adalah bagi memastikan jika berlaku apa-apa seperti  terkena penyakit kritikal dan lumpuh sepenuhnya pada pencarum, pasangan dan ibu/bapa ( untuk policy anak-anak) bayaran bulanan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak insuran sehingga berumur 70 tahun bagi orang dewasa manakala kanak-kanak sehingga umur 25 tahun.

7.Pastikan syarikat insuran menawarkan juga elaun hari hospital, elaun pembedahan dan elaun ICU.

8.Pastikan syarikat insuran menawarkan juga pulangan pelaburan yang menarik.

9.Pastikan juga syarikat insuran tersebut tidak tertakluk pada tarikh matang untuk pengeluaran duit simpanan dengan kata dapat dikeluarkan pada bila-bila masa perlu mengikut syarat yang minimum oleh syarikat insuran.

10.Pastikan juga agen dilantik berpengalaman dan sepenuh masa bagi memastikan perkhidmatan dapat diperolehi pada tahap yang terbaik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan