Sabtu, 9 Jun 2012

TAKAFUL VS INSURAN KONVENSIONAL



  TAKAFUL INSURAN KONVENSIONAL
     
1  Pematuhan kepada hukum syarak Tidak mematuhi hukum syarak
     
2  Kontrak urusniaga adalah berdasarankan tabarru', mudharabah dan wakalah Kontrak urusniaga adalah berdasarkan akad jual beli
     
3  Pengedali takaful merupakan pengrus tabung dan tidak memberi jaminan kepada perserta Syarikat insuran merupakan pemilik tabung dan menjadi penjamin kepada perserta.
     
4 Perserta menjamin antara satu sama lain melalui semangat kerjasama dan tabbaru' Syarikat menjamin perserta berdasarkan kepada faktor-faktor komersial
     
5 Bebas daripada riba, gharar(ketidaktentuan) dan maisir(judi) Banyak unsur-unsur riba, gharar dan maisir
     
6 Adanya Majlis Pengawasan Syariah Tiada Majlis Pengawasan Syariah
     
7 Keuntungan akan dikongsi bersama di antara pengendali takaful dan peserta berdasarkan kepada mudharabah atau yuran prestasi pelaburan. Keuntungan diagihkan mengikut keputusan syarikat
     

     

     

Khamis, 7 Jun 2012

TIPS BELI INSURAN



1. Pastikan syarikat insuran yang hendak diambil telah lama berada dipasaran bagi memastikan syarikat tersebut betul-betul wujud dan mempunyai dana kewangan yang kukuh

2. Pastikan insuran yang diambil memenuhi keperluan semasa contohnya jika kita mempunyai jumlah hutang yang banyak seperti kereta, pinjaman pelajaran, kad kredit, pinjaman peribadi, dll bermakna jumlah pampasan(sum insured) yang diambil perlulah dapat melangsaikan hutang-hutang terebut jika berlaku kematian dan lumpuh sepenuhnya(Total Permanently Disability)TPD.Banyak syarikat insuran akan menanggung premium bulanan yang dibayar oleh pesakit.

3. Pastikan pampasan penyakit kritikal(Critical Illness) juga diambil yang mana pampasan akan dibayar jika disahkan oleh doktor dan  banyak syarikat insuran akan menanggung premium bulanan yang dibayar oleh pesakit.

4. Pastikan insuran yang diambil ada pampasan perlindungan, kad perubatan hospital dan simpanan

5. Kad perubatan adalah elemen yang penting dalam membeli insuran kerana kos hospital dari tahun ke tahun semakin naik dan terus naik.

6.Pastikan pakej insuran yang diambil ada 'contributor' atau 'spouse contributor' ini adalah bagi memastikan jika berlaku apa-apa seperti  terkena penyakit kritikal dan lumpuh sepenuhnya pada pencarum, pasangan dan ibu/bapa ( untuk policy anak-anak) bayaran bulanan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak insuran sehingga berumur 70 tahun bagi orang dewasa manakala kanak-kanak sehingga umur 25 tahun.

7.Pastikan syarikat insuran menawarkan juga elaun hari hospital, elaun pembedahan dan elaun ICU.

8.Pastikan syarikat insuran menawarkan juga pulangan pelaburan yang menarik.

9.Pastikan juga syarikat insuran tersebut tidak tertakluk pada tarikh matang untuk pengeluaran duit simpanan dengan kata dapat dikeluarkan pada bila-bila masa perlu mengikut syarat yang minimum oleh syarikat insuran.

10.Pastikan juga agen dilantik berpengalaman dan sepenuh masa bagi memastikan perkhidmatan dapat diperolehi pada tahap yang terbaik.